Friday, May 23, 2008

Dia dikatakan duri..


Terkejut gue bla Shahrir & Musa Hitam mengatakan Dr.M 'duri dlm daging'.. ha.. wat d heck!!

Gue tahu Dr.M, xla sempurna.. tapi penglibatan dia dalam memajukan dan mengharumkan negara memang tidak boleh dinafikan.. kelakarkan, bila org yg dkatakan duri dalam daging, org itulah yg banyak berjasa kepada negara kita...


Gue adalah merupakan salahsatu insan yg amat mengkagumi Dr.M.. tapi itu x bekmakna gue setuju dengan semua keputusan yang beliau buat.. tapi, salahsatu sumbangan besar Dr.M ialah pada tahun 1998.. korang masih ingat x?? gue masih ingat lagi.. tapi gue pun heran kenapa gue x ingat nama 'culprit' tu..


for me, diala penyelamat negara.. dan alhamdulillah, syukur pada ALLAH, berkat usaha beliau sebagai PM yg bertanggungjawab, Malaysia selamat daripada krisis ekonomi yg berpanjangan..


On 1998, Si Duri dengan beraninya melaksanakan rejim kawalan pertukaran wang asing terpilih ("selective exchange control regime").. bukan senang utk menangani krisis ini.. Waktu itu, tiada pemimpin di negara membangun mahupun sedang membangun yang pernah melakukan tindakan seperti ini. Ini membuktikan kelebihan dan kehebatan "si duri dalam daging ini"..


Hakikatnya beliau yg dikatakan duri dalam daging ini telah menyelamatkan Malaysia, bukan sahaja melalui keberanian beliau melaksanakan pelan 'unorthodox' tu, tapi gue yakin melalui kerajinan & kecekapan beliau dalam memantau ekonomi negara kita setiap hari.. Bayangkanlah Malaysai tidak melaksanakan langkah2 ini, banyak syarikat akan muflis.. syarikat melayu ke, cina ka, india ka... Kenapa?? coz kadar faedah akan makin tinggi, bila makin tinggi makin tinggilah hutang yang ditanggung.. then bile syarikat ni jatuh, bank2 pun akan turut serta la jatuh kerana hutang tak berbayar... bila bank2 dah jatuh, syarikat yg dah maju pun tidak dapat buat pinjaman & perniagaan akan menguncup... bukan setakat bank & syarikat yg jatuh.. kita sebagai rakyat pun lagilah terkena tempiasnya... lebih banyaklah penanam anggur di Malaysia ni..dan bila penanam anggur ni makin meningkat jumlahnya, jalinan sosial di Malaysia akan terungkai & subsequently causing kegawatan sosial & politik.. Dana dari luar tidak akan masuk ke Malaysia.. senario ini adalah bencana.. tetapi alhamdulillah.. berkat kebijaksanaan & kerajinan & kesungguhan Si Duri ini melaksanakan pelan tersebut, Malaysia selamat.. Malaysia telah laksanakan kawalan pertukaran asing terpilih..


Then bila Malaysia laksanakan pelan tu, si 'culprits' tu jadi panik, diorang beli semula Ringgit.. langkah yang diambil Si Duri ni telah menyelamatkan Malaysia, malah negara2 di rantau ni..


Iya, mungkin ada beberapa negara yang meminjam daripada IMF semakin maju, contohnya South Korea.. tapi gue yakin atas sebab2 tertentu, IMF taknak kawalan matawang asing Malaysia berjaya, coz kejayaan tersebut akan menjejaskan kredibiliti dasar globalisasi & pasaran bebas yg mereka perjuangkan (& juga yg DSAI perjuangkan)!! Jadi, penting untuk diorang pastikan negara2 yg pinjam IMF ni menghasilkan kejayaan yang jauh lebih baik..


Bagi gue, inilah tempoh baling best kerana menampakkan kualiti terbaik Si Duri ni & masyarakat Malaysia amnya.. tt kita mempunyai satu jalinan masyarakat yang kukuh & ada kemampuan untuk menerima kejutan, malah menghadapinya... yup.. it was the worst of times, but it's also d best of times..


Si Duri telah membuktikan sekiranya kita berusaha bersungguh2 secara teratur, berpasukan, berstrategi & terancang, tak mustahil kita boleh lawan lawan kita yang sememangnya lebih kuat.. (bukan macam sekarang)


Bagi gue, bagi setiap pemimpin, akan tiba satu saat yg penuh bererti, mustahil, genting dan unpredictable... ada waktu dimana pemimpin kene buat satu keputusan yang akan memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan rakyatnya di masa depan.. dan Si Duri ini telah melalui saat2 ini selama 22 tahun memimpin Malaysia.. & detik 1998 tersebutlah saat yg penuh rahmat untuk bangsa Malaysia.. bukan melayu, cina atau india atau dll.. tapi bagi seluruh rakyat Malaysia..

Jadi, inilah antara tindakan hebat manusia yg dikatakan duri dalam daging oleh sesetengah manusia yang langsung tiada berjasa pada Malaysia atau rakyatnya secara amnya..


Bersabarlah wahai Tun Dr Mahathir..

Monday, May 19, 2008

akan fahamkah gue?

sampai sahaja di ofis gue, sebelum masuk ke bilik gue.. tiba2 mata terpandang satu wajah yg sentiasa menjadi kesayangan & kebanggaan gue.. wajah bersih Tun.. kenapa yek?? rupanya Tun sudah keluar dari UMNO..

terus sahaja gue ke PC gue, buka internet n masuk blog chedet.. ye.. memang sah, Tun sudah keluar.. mmg satu kezutan.. Tun sudah sinonim dgn UMNO.. tapi kenapa ye?? ye, Tun sudah beri alasannya di blog beliau, tapi still.. Y?? apepun, gue hormati keputusan beliau.. maybe sudah mual dgn 'condition' UMNO sekarang!! gue pasti pasti ramai ahli2 UMNO yg 'jenis baru ini' akan gunakan isu ini untuk menghentam Tun tanpa rasa hormat pada Tun..

entahla.. nasi sudah jadi bubur.. gue berharap langkah yg Tun ambil ini berbaloi.. teringat gue pada tindakan Dato' On keluar dari UMNO kerana kecewa.. perkara yg sama berulang.. org penting dalam UMNO menarik diri.. hanya 'cause of action" sahaja yg berbeza..

Thursday, May 15, 2008

pagi yg gelap..

Assalamualaikum..



terima kasih kepada kamu berdua.. gue pn x sangka yg gue akan create blog gue..

ada bakat.. bkn bakat tp terasa geram pula bila gue baca post mereka2..



xpela.. yg pntg skrg nie gue mahu cerita psl pagi yg gelap pd hari isnin yg lepas.. time tu jam 3 pagi.. hujan turun dgn lebat sekali..guruh berdentum2.. bergegar bilik gue.. fyi.. rumah gue rumah kampung jadi tau2 lah rumah kampung banyak yg separuh batu n separyh kayu.. bilik gue adalah bahagian yg masih mengekalkan struktur asal rumah lama iaitu kayu.. bukan x mahu robohkan, tapi mak gue kata "Sayang nk robohkan.. tulah kenangan dengan bapak (atuk gue).. Tunggu mak mati, baru robohkan.." Fuhh.. terasa sayu dengar...



ok.. berbalik pd cerita gue...hujan turun lebat sgt.. tiba2 black out.. nk dijadikan cerita masa tu yg ada di rumah adalah gue n kak yanti (my 2nd siste) n her hubby n children sahaja.. tp dia tidur di bilik bawah... parents gue tidur di rumah kak an (my akak sulong) kerana abah gue mengidap kanser, rumah gue pula tiada tandas duduk.. jadi dia perlu duduk di sana sementara nk tambah 1 bilik baru untuk abah.... sambung balik cerita... black out... gue terbangun kerana tiba2 terasa panas sgt, bila bangun suasana gelap sangat... pastu bilik bergegar2 mcm nk gem[pa bumi... gue terus call kak yanti via hp gue untuk beritahu dia psl black out dgn harapan hubby dia akan bangun untuk check n betulkan.. tp dah berapa minit gue tunggu masih x betul2 lagi.. tak disedari gue terus menangis mcm budak kecil sebab tiba2 terasa takut sangat, mcm2 di fikiran.. gue terus call hp mak gue n menangis mcm budak kecil... mak gue pun mula risau, yelah anak yg disayangi mula menangis perlukan mak dia... kemudian x lama selepas itu, air cond bilik gue terpasang semula.. abah gue yg kanser pun call semula tanya keadaan gue.. ya Allah, sedihnya...



apa yg gue nk cakap pasal pagi yg gelap itu adalah pagi itulah yg memberi gue kesedaran bahawa sebagai anak tak kira betapa berjayanya kita, tak kira betapa sudah berusianya kita, kita tetap memerlukan mereka dalam hidup kita.. waktu itu, gue menangis n terfikir bahawa sebagai anak kadang2 kita lupa peranan kita, ada masa kita lupa jasa mereka.. gue masih teringat gue bersikap kurang ajar dengan abah gue kerana rasa yg gue dah besar n x perlukan dia.. gue masih teringat bila dia bersedih kerana gue x inform dia pasal sesuatu hal sdgkan time gue belajar dulu, dia lah yg uruskan semuanya... hai.. banyak lagilah...



walau apapun, pagi yg gelap tersebut telah mengajar gue.. gue rasa sangat bersyukur kepada Allah.. orang kata setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnya.. nilah hikmahnya di sebalik pagi yg geap tersebut...



Wednesday, May 7, 2008

Assalamualaikum..


Salam perkenalan..


Ini merupakan tulisan pertama gue.. Baru sahaja lepas melawat blog Che' Det setelah memerah otak berfikir rasa teruja pula untuk punyai blog sendiri.. Bercakap mengenai Che Det.. siapa dia ye?? Beliau adalah bekas Perdana Menteri kite, malah sampai sekarang gue masih anggap beliau sebagai PM Malaysia..




Mungkin pada masa yg akan dtg gue akan cuba menulis lagi, cume rasa kepingin untuk punyai blog sendiri sahaja pada waktu ini..