
Terkejut gue bla Shahrir & Musa Hitam mengatakan Dr.M 'duri dlm daging'.. ha.. wat d heck!!
Gue tahu Dr.M, xla sempurna.. tapi penglibatan dia dalam memajukan dan mengharumkan negara memang tidak boleh dinafikan.. kelakarkan, bila org yg dkatakan duri dalam daging, org itulah yg banyak berjasa kepada negara kita...
Gue adalah merupakan salahsatu insan yg amat mengkagumi Dr.M.. tapi itu x bekmakna gue setuju dengan semua keputusan yang beliau buat.. tapi, salahsatu sumbangan besar Dr.M ialah pada tahun 1998.. korang masih ingat x?? gue masih ingat lagi.. tapi gue pun heran kenapa gue x ingat nama 'culprit' tu..
for me, diala penyelamat negara.. dan alhamdulillah, syukur pada ALLAH, berkat usaha beliau sebagai PM yg bertanggungjawab, Malaysia selamat daripada krisis ekonomi yg berpanjangan..
On 1998, Si Duri dengan beraninya melaksanakan rejim kawalan pertukaran wang asing terpilih ("selective exchange control regime").. bukan senang utk menangani krisis ini.. Waktu itu, tiada pemimpin di negara membangun mahupun sedang membangun yang pernah melakukan tindakan seperti ini. Ini membuktikan kelebihan dan kehebatan "si duri dalam daging ini"..
Hakikatnya beliau yg dikatakan duri dalam daging ini telah menyelamatkan Malaysia, bukan sahaja melalui keberanian beliau melaksanakan pelan 'unorthodox' tu, tapi gue yakin melalui kerajinan & kecekapan beliau dalam memantau ekonomi negara kita setiap hari.. Bayangkanlah Malaysai tidak melaksanakan langkah2 ini, banyak syarikat akan muflis.. syarikat melayu ke, cina ka, india ka... Kenapa?? coz kadar faedah akan makin tinggi, bila makin tinggi makin tinggilah hutang yang ditanggung.. then bile syarikat ni jatuh, bank2 pun akan turut serta la jatuh kerana hutang tak berbayar... bila bank2 dah jatuh, syarikat yg dah maju pun tidak dapat buat pinjaman & perniagaan akan menguncup... bukan setakat bank & syarikat yg jatuh.. kita sebagai rakyat pun lagilah terkena tempiasnya... lebih banyaklah penanam anggur di Malaysia ni..dan bila penanam anggur ni makin meningkat jumlahnya, jalinan sosial di Malaysia akan terungkai & subsequently causing kegawatan sosial & politik.. Dana dari luar tidak akan masuk ke Malaysia.. senario ini adalah bencana.. tetapi alhamdulillah.. berkat kebijaksanaan & kerajinan & kesungguhan Si Duri ini melaksanakan pelan tersebut, Malaysia selamat.. Malaysia telah laksanakan kawalan pertukaran asing terpilih..
Then bila Malaysia laksanakan pelan tu, si 'culprits' tu jadi panik, diorang beli semula Ringgit.. langkah yang diambil Si Duri ni telah menyelamatkan Malaysia, malah negara2 di rantau ni..
Iya, mungkin ada beberapa negara yang meminjam daripada IMF semakin maju, contohnya South Korea.. tapi gue yakin atas sebab2 tertentu, IMF taknak kawalan matawang asing Malaysia berjaya, coz kejayaan tersebut akan menjejaskan kredibiliti dasar globalisasi & pasaran bebas yg mereka perjuangkan (& juga yg DSAI perjuangkan)!! Jadi, penting untuk diorang pastikan negara2 yg pinjam IMF ni menghasilkan kejayaan yang jauh lebih baik..
Bagi gue, inilah tempoh baling best kerana menampakkan kualiti terbaik Si Duri ni & masyarakat Malaysia amnya.. tt kita mempunyai satu jalinan masyarakat yang kukuh & ada kemampuan untuk menerima kejutan, malah menghadapinya... yup.. it was the worst of times, but it's also d best of times..
Si Duri telah membuktikan sekiranya kita berusaha bersungguh2 secara teratur, berpasukan, berstrategi & terancang, tak mustahil kita boleh lawan lawan kita yang sememangnya lebih kuat.. (bukan macam sekarang)
Bagi gue, bagi setiap pemimpin, akan tiba satu saat yg penuh bererti, mustahil, genting dan unpredictable... ada waktu dimana pemimpin kene buat satu keputusan yang akan memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan rakyatnya di masa depan.. dan Si Duri ini telah melalui saat2 ini selama 22 tahun memimpin Malaysia.. & detik 1998 tersebutlah saat yg penuh rahmat untuk bangsa Malaysia.. bukan melayu, cina atau india atau dll.. tapi bagi seluruh rakyat Malaysia..
Jadi, inilah antara tindakan hebat manusia yg dikatakan duri dalam daging oleh sesetengah manusia yang langsung tiada berjasa pada Malaysia atau rakyatnya secara amnya..
Bersabarlah wahai Tun Dr Mahathir..
1 comment:
Sekarang Tun Mahathir berpeluang untuk membukti bahawa beliau masih hebat dan masih mampu menyumbangkan jasa dan pemikiran tajam beliau kepada negara...
Orang politik pun macam orang kerja jugak, kalau tak hormat bos, susah la nak kekalkan jawatan...
Post a Comment