Assalamualaikum..
terima kasih kepada kamu berdua.. gue pn x sangka yg gue akan create blog gue..
ada bakat.. bkn bakat tp terasa geram pula bila gue baca post mereka2..
xpela.. yg pntg skrg nie gue mahu cerita psl pagi yg gelap pd hari isnin yg lepas.. time tu jam 3 pagi.. hujan turun dgn lebat sekali..guruh berdentum2.. bergegar bilik gue.. fyi.. rumah gue rumah kampung jadi tau2 lah rumah kampung banyak yg separuh batu n separyh kayu.. bilik gue adalah bahagian yg masih mengekalkan struktur asal rumah lama iaitu kayu.. bukan x mahu robohkan, tapi mak gue kata "Sayang nk robohkan.. tulah kenangan dengan bapak (atuk gue).. Tunggu mak mati, baru robohkan.." Fuhh.. terasa sayu dengar...
ok.. berbalik pd cerita gue...hujan turun lebat sgt.. tiba2 black out.. nk dijadikan cerita masa tu yg ada di rumah adalah gue n kak yanti (my 2nd siste) n her hubby n children sahaja.. tp dia tidur di bilik bawah... parents gue tidur di rumah kak an (my akak sulong) kerana abah gue mengidap kanser, rumah gue pula tiada tandas duduk.. jadi dia perlu duduk di sana sementara nk tambah 1 bilik baru untuk abah.... sambung balik cerita... black out... gue terbangun kerana tiba2 terasa panas sgt, bila bangun suasana gelap sangat... pastu bilik bergegar2 mcm nk gem[pa bumi... gue terus call kak yanti via hp gue untuk beritahu dia psl black out dgn harapan hubby dia akan bangun untuk check n betulkan.. tp dah berapa minit gue tunggu masih x betul2 lagi.. tak disedari gue terus menangis mcm budak kecil sebab tiba2 terasa takut sangat, mcm2 di fikiran.. gue terus call hp mak gue n menangis mcm budak kecil... mak gue pun mula risau, yelah anak yg disayangi mula menangis perlukan mak dia... kemudian x lama selepas itu, air cond bilik gue terpasang semula.. abah gue yg kanser pun call semula tanya keadaan gue.. ya Allah, sedihnya...
apa yg gue nk cakap pasal pagi yg gelap itu adalah pagi itulah yg memberi gue kesedaran bahawa sebagai anak tak kira betapa berjayanya kita, tak kira betapa sudah berusianya kita, kita tetap memerlukan mereka dalam hidup kita.. waktu itu, gue menangis n terfikir bahawa sebagai anak kadang2 kita lupa peranan kita, ada masa kita lupa jasa mereka.. gue masih teringat gue bersikap kurang ajar dengan abah gue kerana rasa yg gue dah besar n x perlukan dia.. gue masih teringat bila dia bersedih kerana gue x inform dia pasal sesuatu hal sdgkan time gue belajar dulu, dia lah yg uruskan semuanya... hai.. banyak lagilah...
walau apapun, pagi yg gelap tersebut telah mengajar gue.. gue rasa sangat bersyukur kepada Allah.. orang kata setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnya.. nilah hikmahnya di sebalik pagi yg geap tersebut...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Welcome to the bloggers world...
Dunia yang penuh dengan idea-idea dan komen-komen manusia tentang pelbagai perkara....
Post a Comment