Assalamualaikum...
Gue baru sahaja melawat chedet's blog, & today's post is about "PERPADUAN". I read all the comments posted by those people out there.. But what is so interesting was that, lain orang, lainlah pandangannya.. u know, bak kata pepatah, "Rambut sama hitam, tapi hati lain2".. (mmmm... so what about the omputeh yek?? mmmm...) .. so, gue just nk paste in my blog some of d comments posted by d bloggers that has caught my eyes or attention.. pandangan gue mb sama, & mb not...
Ini komen yg paling gue suka sekali... hehe.. :
By abma on June 25, 2008 11:45 PM
Berikut adalah email yang di'forward'kan kepada saya hari ini. Sejauh mana ianya sahih mungkin boleh diusul balik kepada penghantar email yang asal. Benar atau tidak butir-butir di bawah ini adalah untuk penilaian kita bersama:
Kepimpinan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah: Satu Perbandingan (Seperti yang dicerita dan dinilaikan oleh 'Orang Dalam')
Oleh: Keris Merah
1. Semasa Jadi TPM
Tun Dr MahathirSudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya
MARKAH: 7/10
Pak LahDisebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu 'low profile' sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.
MARKAH: 3/10
2. Sejurus Selepas Jadi PM
Tun Dr MahathirTerus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.
MARKAH:10/10
Pak LahDisebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang' yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.
MARKAH:3/10
3. Pembangunan Islam
Tun Dr MahathirDi awal penerajuannya, Tun Dr Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang 'fundalmentalist'. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
MARKAH: 8/10
Pak LahPak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan 'Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjumaah yang gambarnya dipamirkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
MARKAH: 4/10
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat .
4. Menghadapi Aduan
Tun Dr MahathirTun Dr Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan
MARKAH: 9/10
Pak LahPak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar' dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu ' political public relations'. Itu sahaja.
MARKAH: 2/10
5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
Tun Dr MahathirMeneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat–mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya', Tun Dr Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Tun Dr Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.
MARKAH: 10/10
Pak LahRamai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya'. Pak Lah akan jawab balik, "Tak ada wang tak payah buat". Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, " Gone with the wind".
MARKAH: 2/10
6. Pengurusan Waktu
Tun Dr Mahathir Tun Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausahanya sementara menunggu giliran.
MARKAH: 10/10
Pak Lah Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya! Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat pos kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.
MARKAH: 2/10
7. Memenuhi Jemputan Majlis
Tun Dr MahathirApabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Tun Dr Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.
MARKAH: 10/10
Pak LahPak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.
Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim' yang memandang ringan dengan janji-janjinya.
MARKAH: 2/10
8. Membuat Keputusan
Tun Dr MahathirTun Dr Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin
MARKAH: 7/10
Pak LahPak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah geranti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!
MARKAH: 2/10
9. Menghadapi Wawancara Media
Tun Dr MahathirApabila Tun Dr Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan 'favourite' penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris 'he says what he means and he means what he says'. Nokhtah.
MARKAH: 9/10
Pak LahPak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab 'Saya tidak tahu, saya tak terlibat'. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato' Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
MARKAH: 1/10
10.Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran & politik
Tun Dr MahathirWalaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Tun Dr Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Tun Dr Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden Parti.
MARKAH: 7/10
Pak LahCampurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan,
Keputusan:Tun Dr Mahathir: 87/100 (87%) - Cemerlang Pak Lah: 22/100 (22%) - Gagal
Penutup
Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Tun Dr Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Tun Dr Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya. Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Tun Dr Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini. Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Tun Dr Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan
Hahaha.. so what do Malaysian think bout the above said comment ha?? i am sooo totally f***in agree with him.. it's so obvious..
By vira on June 25, 2008 8:19 PM
shouldn't you be talking about national unity at times? you are only seen talking about malay unity. why? mutiracial country like malaysia is 'unique' in the eyes of the world because of their national unity.
perpaduan itu milik semua rakyat malaysia. perpaduan di umno dan perpaduan melayu sahaja tidak akan dapat menjamin kesejateraan negara.
perpaduan antara kaum pernah dan akan menjadi kekuatan negara dari semua aspek.sejarah telah buktikan hakikat ini.
saya lahir, bersekolah dan membesar di era tun, saya amat bangga. saya belajar mengenai perpaduan dan muhibah di bangku sekolah semasa tun menjadi menteri pelajaran.
tun tetap menjadi wira saya. tetapi pegangan dan falsafah tun dari sudut 'perpaduan' kini mengelirukan saya.
saya silap? tersalah faham matlamat tun yang sebenar?
By ABI on June 25, 2008 10:09 PM
TuN:Mengapa hanya berbincang tentang perpaduan orang Melayu? Bercakaplah mengenai perpaduan negara! Selama ini Tun mengapi-apikan ketegangan perkauman dalam masyarakat kita. Adakah ini adil? Adakah ini patut dilakukan oleh seorang tokoh politik yang terkemuka di negara kita? SIla merenung kembali,Tun.
By ynwa1976 on June 26, 2008 12:21 AM
Chedet, I tend to be swayed by those who argued for national unity first and foremost, instead of Malay unity. I would love to hear your response on that, but maybe I can offer some myself.
People may be inclined to offer the analogy of lidi. One lidi is weak but if many lidis are put together, they are strong, hence a few weak lidis maybe excusable if the entire penyapu lidi is still strong and usable. The problem is, Malays make up the bulk of the lidi, so it makes sense to make sure the bulk of the lidi is strong, hence address the Malay unity first.
In a family analogy, it is hard to maintain the strength of the family if one of your son/ daughter is in trouble. It affects the whole family.
Hopefully my 2 sen make sense
By Melayu Nusantara on June 25, 2008 11:26 PM
TUN,
Salam juga buat semua...
Saya rasa masih ada juga orang kurang faham dengan apa yang TUN utarakan.
Bukan disini kita bersifat perkauman. TUN seorang pemimpin sudah tentu TUN memikirkan juga semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Cuma jika perpaduan kaum Melayu yang majority ini hancur, impaknya terkena juga pada kaum lain.
Di sini parti UMNO itu khusus parti orang Melayu, jadi perpaduan antara orang Melayu bagi menjaminkan kelancaran perlaksanaan dalam parti UMNO itu sendiri. Untuk membetulkan UMNO perpaduan kaum Melayu adalah perlu.
Begitu juga dengan parti komponen yang mewakili kaum lain di Malaysia.
salam perantau
Y gue pasted d abovesaid comments coz they'r inter related.. then y again?? seperti tajuk di atas, kan betul gue cakap, lain org lain view nya kan!! Gue x pernah rasa Dr.M hanya mementingkan kaum Melayu sahaja, sekiranya sedemikianlkah, Malaysia tidak akan maju.. Lihatlah apa yg telah kite kecapi semasa di era Dr.M tou ada certain dasar yg dibuat beliau tidak dipersetujui, tetapi semua kaum di sini baik melayu, cina atau india sama2 merasa rahmat.. masa time Dr.M jadi PM, gue jarang dengar isu kaum ini dipersoalkan.. pendapat gue mb kerana masa itu Dr.M merasakan bahawa melayu masih lagi bersatu walau x sepenuhnya.. tetapi kini melayu mula berpecah, maka itulah Dr.M mahu org melayu semua bangun.. kerana perpaduan melayu sangat penting bukan untuk melayu sendiri malah Malaysia.. if kaum cina boleh bersatu, kenapa tidak melayu kan!!
By Just A Tot.... on June 26, 2008 12:29 AM
Salam Tun ,
Dear readers of this blog.You cant find anybody whos more devoted to Dr M than I do . However , I find that most comments are due to the love of Dr M . Im sure as he deserved the honour and respect , knowing Chedet , he will appreciate more if we talk based on facts , and not merely " Im 100% behind you,no matter what ".
Having said that , the fact is , yes Dr M , I agree ,we need you back . WE NEED YOU . And not just because we love you , but simply because NOBODY else can turn things around .
My 2 brothers is a singaporean . My , how they used tohate u . Talk bad things about you ,and malaysians in general . Suddenly , nowadays , they talked about you , like youre a saint or something . Weird , so I asked . Guess whats the answer ? KIASU-ness . To admit Malaysias Prime Minister is better thn theirs ? Gawd ... thts embarassing . But now , no harm . And Im telling u , if ever 2 arabic looking singaporeans came to you , and kiss your hands repeatedly , im sorry ,chances are they are my brothers .
Back to FACTS . Forget bout what has been said , written etc by whoever , even this in this blog for a while . Think for 5mins .See what , How n who around you . Chances are you praying to have things back to 5-6 years ago .Government is too weak now , and oppositions ,well , todate , to me , theyre still riding on the governments weaknesses.They dont even have to come up with somethg new. Jus take whatever Govnment is doing , and do it the other way round.Done. Govnment increase petrol , they give cash to help out.Govnments into bribe , they ask BPR to be based in their office. Easy job for them.No need to think of somethg new. Bukak paper , see what government is doing , do the otherwise. DONE.Gawd ... and EVERYBODY , if notmost , is buying into it . Heck,even me !
Sad isnt it ?
Anyway ,lets talk facts , okay? This blog is read by the whole world ( Kudos Dr M , 3 million anytime now ).Let them see tht were supporting Dr M for what is true , and not simply because we love him . I know , easier said thn done . Hey , I chase Dr M 3 stories , about 500m with my GF to take picture with him in One Utama . Wow , all mu friends was sooooo envious of us !!! hahaha..
Anyway , keep up the good work DR M. Same old line ... We all LOVE YOU !!!!
ps - how about we have a CYBER-GOVERNMENT ? Dr M can be the first Prime Minister of our ... lets call this country ... E-MALAYSIA. And itll be the first in the world !!!! Anybody second me ? Share your thots .. here ... or at my blog ... http://jusatot.blogspot.com/salam , Dr M .
Gue suka baca komen JUSATOT ni... specially ayat yg gue 'bold' kan tu..
By m'sian on June 26, 2008 3:51 AM
please see the history don't just say only malay was the people behind to independent, why no body teach history for you or you forgot malaysian history. Please if you forgot history pls get primary student book and read. When you to talking about "Perpaduan" Do you think all races must be unite and bring up malaysia or just other races work for malays to come up like your NEP Policy Please Think there are other Human Being living in malaysia and born in malaysia but other the malays we cant say anak malaysia because you talking about bumuputera status and if bumuputera buys house you give discount 10 to 15% which the can that money to pay deposit so you want only malays to buy house and other low income Non bumies Cant afford to buy house and you expected us to stay in hut please before you post any blogs please think twice whether the word you used will make other un happy and please write the thruth thank you
Gue x salahkan M'sian jika dia berpendapat begitu... Tapi mamat kt bawah ni.. huh...daaaa...
By antimamak on June 26, 2008 2:14 AM
Tun : Berpandangkan sejarah UMNO waktu pemerintahan Tun, jelas sudah nampak Tun adalah Pemusnah UMNO. dimana 1988 Semangat 46 juga memecahbelahkan perpaduan kaum Melayu, 10 tahun 1998 kemudian datang pula Anwar, cerita Anwar main bontut dan heret anwar masuk penjara. Maka wujudnya semangat reformasi. tahun 2008. tepat waktunya UMNO telah memasuki zaman perpechan.
Bukanlah rakyat tidak bersatu padu, atau memecah belahkan UMNO, tetapi Tun lah orang yang patut bertanggung jawap dan patut menanggung dosa yang berat ini.
Hari ini, perpaduan melayu semakin lemah, disebabkan pada waktu pemerintahan Tun tidak membubarkan akta ISA, OSA, Hasutan dengan demikian rakyat menjadi takut pada pemerintah, tengoklah sekarang, walaupun ada ramai penyokong Tun, tetapi kesemuanya tak berani meruntuhkan kerusi Pak Lah.
Kenapa berlakunya keadaan sedemikian? ini adalah kerana Kaum melayu mempercayai memasuki UMNO akan mengautkan keuntungan dan peluang menjadi millionaire, malah dapat hidup mewah, sekiranya dapat menjadi golongan Umnoputra, maka tidak mustahillah menjadi golongan elite dalam masyarakat,akan menikmati Status masyarakat yang tinggi. ]Pengelutan Tun dan Paklah adalah kerana Tun telah kehilangan kuasa dan tidak berupaya dapat kuasa menjalankan kronisma, nepotisma dan rasuah, maka menyebabkan Tun marah marah dalam blog sendiri! Tun lah orang yang membina UMNO Baru, dan Tun lah orang yang memusnahkan UMNO Baru!
Kesimpulannya, Mamak amat marah disebabkan roti canainya tak dapat digoreng dengan nyaring, akibat salah pilih minyak sapi. Malah menyebabkan roti canai senang pecah berkecai kecai.Kepada penyokong chedet, kalaulah nak marah sangat datanglah blog saya lepas geram!!Kami tetap dengar suara hati anda!
http://www.antimahathir.blogspot.com/
MARAH??? xla.. gue cool jer... tapi antimamak bercakap tidak berdasrkan fakta.. emosi tak stabil.. mmmm... sebenci mana kita pd Dr.M, tapi dah banyak yg kita kecapi semasa di era beliau.. bila kita jadi 'leader' ada keputusan yg kena dibuat.. by hook or by crook.. keputusan yg mungkin membangkitkan kemarahan..yg tdk popular.. berkenaan isu ISA.. gue hairan kenapa ia jadi isu.. Singapura juga amalkan sistem tersebut.. malah lebih ketat..tapi tiada sape persoalkannya.. tp di sini?? ok lah, nk amek contoh negara terlalu besar konteksnya.. kita ambil dari sudut 'keluarga'.. dalam keluarga saya semdiri, abah saya selaku PMkami sekeluarga sendiri mengamalkan ISA di kalangan anak2 beliau.. kenapa?? kerana ia penting demi kesejahteraaan keluarga.. walau ada dasar2 yg adah perkenalkan kepada kami anak-beranak tidak kami sukai.. hehe..poyo x?? (abah sori yell anak mu ini sayang bangat sama kamu!!)
By Frankie on June 25, 2008 10:51 PM
Why Pak Lah still sleeping? As a Malaysian Chinese, i believe all this can be solve by just accepting rakyat requests. We do not ask much but only to have a acceptable living standard. Inflation is sky high and yet he still does nothing. Really a sad case...
I don't think paklah is still sleeping, but d problem is tt he ...... i reserved my comment..
By antimamak on June 25, 2008 9:51 PM
Tun: Tun patutlah memupukkan perpaduan nasional, iaitu perpaduan kesemua rakyat malaysia, tanpa mengira mana mana bangsa,sama ada india, cina, kandazan, melayu... Ia adalah lebih penting dari perpaduan di UMNO.
Tun telah menegaskankan UMNO semakin tidak relevan, tetapi perpaduan rakyat Malaysia adalah lebih mulia, lebih hebat jika dibandingkan dengan UMNO.
Begitu juga melalui perpaduan rakyat Malaysia, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara. Maka ujudnya Bangsa Malaysia yang tulin. Kenapa pula Tun hanya menitik beratkan bagsa Melayu sahaja??
``Sebaliknya perpaduan yang perlu diadakan ialah untuk menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara.‘’Tun Syabas, jangan sedih, rakyat Malaysia amat memahaminya, dan rakyat boleh lakukannya tanpa gesaan Tun sama sekali, bukankah Tun sudah nampak dengan Jelas dalam PRU12?? Ini lah kuasa rakyat, bukan kuasa UMNO yang akan menolak pemimpin yang membawa kecelakaan itu.
Kesimpulannya, takkan lah hanya mengharapkan kaum melayu makan roti canai, kaum lain juga memberikan sokongan kepada mamak juga. betulkah. Malah rakyat telah mengganggap roti canai teh tarik sebagai makanan sembang politik di gerai mamak.
Sokongkanlah perpaduan Rakyat Malaysia, hapuskanlah perpaduan UMNO melayu- nampaknya ideologi tun telah ketinggalan masa!
Mmmmmmmm... half-half...
By Bendahara Din on June 25, 2008 9:49 PM
Salam Tun,
1) If that be the case, who do you think is the best Malay leader in the country now? Is it Pak Lah or Najib or Anwar or Nik Aziz or Mukhriz? I believe you choose the last.
2) You're right that Malays should seek for Perpaduan Melayu. I view that despite the BN election fiasco and not supporting your ideas, Pak Lah is still the better Malay leader now among all Umno leaders.
3) I view the kingmaker in the Malay politics now is PAS, not Umno or Keadilan. They are the Perpaduan Melayu party....think about it.
Gue setuju dgn statement no. 3 by Bendahara Din.. semangat kesetiaaan dalam PAS mmg gue kagumi.. mereka sangat bersatu-padu.. ti mungkin kerana mereka tidak pernah menjadi kerajaan negara secara total.. kebiasaannya apabila sesuatu persatuan belum berjaya sepenuhnya semangat perpaduan & kesetiaan lebih membuak2 dan bekobar, tapi bila ada kuasa di tangan, gue jamin perasaan bongkak akan timbul & inilah yg telah terjadi pada UMNO sekarang.. apabila terlalu yakin dgn kedudukan sendiri tanpa ada perasaan berjaga2.. masing2 akan lebih mementingkan kepentingan sendiri.. tapi org2 melayu PAS mmg saling menyokong sesama sendiri.. n sometime 2 d extent mengiyakan yg x pasti.. gue x rasa Dr.M akan pilih anak beliau.. tou buat masa ini dr pandangan gue anak beliau mempunyai masa depan tetapi masih terlalu muda..
By adi on June 25, 2008 8:42 PM
Itulah Tun. Dulu Tun selalu marahkan PAS, Tun selalu perli2 PAS, Tun selalu memperlekehkan PAS, Tun selalu provoke PAS, macam-macam la yang Tun buat terhadap PAS. Walhal PAS itu adalah parti orang melayu jugak dan yang penting lagi PAS adalah parti orang melayu Islam. Tetapi Tun selalu membuatkan PAS sebagai parti low class, parti picisan, parti orang-orang sesat. Itu anggapan Tun. Sehinggakan penyokong-penyokong PAS seperti saya merasakan saya ini bukan hidup di negara saya sendiri. Sehinggakan semua penyokong-penyokong PAS seperti saya ini senantiasa berdoa kepada Allah yang Maha Kuasa supaya dijauhi dari kejahatan Tun terhadap PAS. Allah itu Maha Berkuasa, pada hari ini saya dan semua yang berdoa kepada Allah swt sudah nampak pembalasan Allah, melalui tindakan-tindakan Tun yang sudah tidak mempercayai parti Tun sendiri! Semoga Allah menunjukkan lagi kekuasaanNYA.
Gue x pernah rasa Dr.M selalu provoke PAS, tetapi apa yg gue nampak biasanya PAS yg provoke Dr.M dgn pelbagai tuduhan yg x berasas tetapi Dr.M cool jek... lihatlah.. kenapa terasa seperti bukan hidup di negara sendiri?? saya lihat banyak sahaja org2 PAS yg berjaya di zaman Dr.M, yg brejaya kerana DEB, yg belajar hasil bantuan kerajaan.. adakah kerajaan zaman Dr.M membeza2kan pemberian bantuan antara pelajar yg sokong BN atau PAS?? sama saja kan.. entahlah.. masing2..
By Neil on June 25, 2008 8:39 PM
I saw in MT that you want to have your days in court to clear you tainted name.Better not,Tun,all will gang up and tear you to shred.I think you are in a way been found guilty by the royal commission on the lingam's tape and the public have made up their minds that it's you who is the culprit.You messed Article 121 and belittle the judges by sent them to boot camp.You say you will answered to Ian Chin's allegation in due time, but still haven't Tun.Why? Lost your memory!We are still waiting for your side of the story.Thamks.
Marah nampak si Neil nih??
By pakbelalang on June 26, 2008 2:24 AM
Dear Tun,
The best strategy if Pak Lah is still reluctant to resign is for you to just give a signal for all the Malays to vote for PAS. I am very certain all the Malays will oblige you and vote for PAS in drove. This will be the most effective strategy as a last resort. UMNO will collaspse immediately and Pak Lah will be cursed like hell for the rest of his life. It will be written in the history books the cause of UMNO downfall is because of Pak Lah's haprak and HP6 leadership!
mmmmmmmmmmmmmmmm.... let me think..
By herkillerinstinct on June 26, 2008 3:58 AM
Assalamualaikum Tun..
U sounded very angry.. I wish u the best of health..take good care of urself tun..
hehe...
c.. kan gue dah cakap.. mcm2 cara pemikiran manusia ni.. termasuk gue sekali.. tapi pada gue.. biarlah cara kite berfikir berbeza, tapi yg penting Malaysia akan tetap aman.. sampai bila2.. gue sygkan Malaysia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment